rasanya dah lame yus x update post baru dlm blog ni..
maaf yer smua..yus sgt busy..mase x izinkan..
tapi hari ni yus nk share sikit ngn korang..
kita same2 baca dan fahami tips dan langkah berjaga2 utk mengawal tekanan darah tinggi..
yg ade masalah boleh amalkan petua2 ni...supaya darah x menyerang naik mendadak..
tau x darah tinggi yg hypo boleh mnyebabkan serangan angin ahmar ( strok ) dan juga buah pinggang boleh menjadi bocor..
takut kan??
baca ni tau..
- Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan
atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah
memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian
doktor.
- Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersenam dalam
30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa
yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
- Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g
sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah.
Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan
yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
- Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat
tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya
anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang
masa.
- Kurangkan Stress. Stres kerja, duit, kesesakan
jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu.
Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan
anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi.
Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
- Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
- Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.
Ketahuilah keperluan kalori seharian
anda. Ini boleh mengawal jumlah dan bantu anda kawal atau kurangkan berat
badan.
Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam
sukatan yang kecil.
Lebihkan
serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
Kawal
kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan di samping dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan
elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti
paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan..
Pastikan
ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada
tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
No comments:
Post a Comment