Tuesday, 1 October 2013

TiPS UNTUK MENYUSU !!!

Assalamualaikum....
Entry petang ni yus nak kongsikan tips utk ibu2 yg bercadang utk terus menyusukan bayi walaupun setelah anda kembali bekerja smula..
Kita digalakkan menyusukan anak dalam tempoh 2 tahun pertama kelahiran.
Kalau ikut sunnah nabi pun, smpai 2 tahun nabi kita s.a.w menyusu dengan ibu susuannya kan?
Seperti yg kita tau, susu ibu terlalu bnyk khasiat dan kelebihannya..



Jika anda merancang untuk kembali bekerja, anda akan merasa kurang tertekan jika anda sudah mula mengepam beberapa minggu lebih awal. Ini bukan hanya memberikan masa untuk anda berasa yakin dengan keupayaan anda untuk mengeluarkan susu, tetapi anda juga akan mempunyai bekalan susu beku untuk kegunaan di masa hadapan.


Mengeluarkan susu selalunya menjadi lebih produktif dengan latihan, jadi jangan risau jika anda hanya mengeluarkan sedikit susu pada awalnya. Waktu terbaik untuk mengeluarkan susu berbeza bagi setiap wanita tetapi buah dada anda selalunya berasa lebih penuh pada waktu pagi. Pilih masa yang mana anda tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu. 


Menggunakan pam secara berganda mengambil masa yang lebih singkat. Juga, menyusukan bayi di sebelah buah dada sambil mengepam buah dada yang lagi satu juga akan mempercepatkan proses. Meletakkan flanel hangat pada buah dada anda atau mandi air panas sebelum mengepam akan membantu meningkatkan bekalan darah ke kawasan tersebut dan ia akan memudahkan lagi proses pengaliran. Walaupun ramai ibu mendapati pam buah dada mudah dan sesuai digunakan, tidak semua buah dada wanita akan bertindak balas dengan baik kepada pam buah dada – sesetengah daripadanya akan mendapati bahawa mengeluarkan susu menggunakan tangan adalah lebih efektif. 

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusu?

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. 

Apabila anda mula 
menghentikan susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan. 





Apa yang perlu dimakan semasa menyusu?

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay). 

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa. 

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat 
pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu. 


Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda. 


Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum

Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan). 

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, 
menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalamnajisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut. 

Sesetengah wanita tahu bahawa 
makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels. 


Dapatkan zat besi yang banyak


Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. 

Ramai wanita telah mengurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat. 

Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai. 



Jika terasa sukar nak mengambil makanan yg berasaskan protein, zat besi dan sebagainya, anda boleh mencuba SET PENYUSUAN SHAKLEE..

Set premium bajet/ set penyusuan lengkap ini amat sesuai untuk membantu ibu2 menyusu yg mempunyai masalah susu merudum, susu susah nk keluar, susu tak banyak dan tak pekat. Cukup utk mengenyangkan bayi.





SET BAJET UNTUK MENYUSU
bonus untuk ibu : kulit ibu dan bayi semakin gebuuu !!!


DAPATKAN SEKARANG !!
UNTUK SEBARANG ORDER/PERTANYAAN :
hubungi saya :

FB : https://www.facebook.com/red.redpearl
SMS/ WHATSAPP : 019 9892721 
EMAIL : faireeka98@gmail.com



No comments:

Post a Comment