Wednesday, 2 October 2013

PANTANG UTK PESAKIT KANSER !!!! sila beri perhatian......

ASSALAMUALAIKUM smua..

petang ni yus nk share sikit tentang info yg amat berguna utk smua...
x kira yg sihat atau yg ada sakit..
mesti BACA smua !!!
WAJIB !!


GULA PANTANG UNTUK PESAKIT KANSER

PERTAMA

Mengapa Gula Adalah Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser (Makanan Penyubur Sel Kanser)

Kajian yang telah di-publish kan di Journal Cancer Epidemiology oleh Mile Marker telah kenalpasti bahawa "GULA" adalah pantang bagi pesakit kanser kerana gula antara sumber utama yang memudahkan sel kanser membiak dan mejadikan status pesakit kanser di tahap yang lebih merbahaya. 

Apa yang membuatkan "GULA" sebagai makanan pantang untuk pesakit kanser?

Gula merupakan makanan yang mempunyai kandungan nilai index glycemic yang sangat tinggi. Apabila tubuh menerima makanan bergula tinggi, paras gula dalam darah naik melonjak dan ini menyediakan keadaan proliferasi (keupayaan untuk berganda) bagi sel kanser dalam tubuh manusia. Penghasilan ini mengakibatkan tumor akan membesar dengan cepat.

Konsep yang mudah difahami adalah kanser sel hidup dengan pemakanan bergula dari darah dalam tubuh manusia, tetapi dari sudut sains yang sebenar adalah...tubuh badan manusia memerlukan gula atau glukos untuk tenaga. Selain tenaga fizikal, tenaga basal juga diperlukan oleh organ-organ penting dalam tubuh seperti jantung, buah pinggang dan otak untuk berfungsi normal. Jangan risau, walaupun berpantang makanan manis dan bergula, itu tidak bermakna tubuh akan menjadi lemah, tiada tenaga dan organ-organ tidak boleh berfungsi..kerana tubuh badan kita boleh menghasilkan glukos/tenaga dari sumber makanan lain seperti protein, karbohidrat dan lemak.

Gula yang banyak juga akan banyak menghasilkan 'insulin'. Insulin adalah sejenis bahan semulajadi yang dihasilkan oleh badan. Fungsi insulin ini adalah untuk tatacara sel-sel berkembang. Jumlah insulin yang terlalu banyak akan menggangu sistem tubuh dan mengakibatkan sel kanser boleh membiak tanpa kawalan. Maka, kadar pengambilan gula yang banyak bukalah suatu yang baik,kan?

Kajian oleh Pakar Susanna Larson yang diterbitkan di American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2006 memberi bukti bahawa kadar paras gula yang tinggi dalam darah dan kadar insulin yang tinggi hasil dari makanan bergula memberi kesan berkala pada perubahan biologikal tubuh manusia. Kesan tersebut mengakibatkan stimulasi sel kanser untuk hidup subur dan membiak, terutama untuk kes kanser pankreas, kolon, perut, prostat dan payudara.

Gantikan gula/manisan dengan :
- madu asli
- stevia

Jadi ingat ya...Dengan memotong kadar pengambilan makanan bergula secara berterusan akan melemahkan sel kanser. Berhemahlah dalam pemilihan makanan.

KEDUA

Sel Kanser manfaatkan Gula Dalam Darah untuk Lemahkan Sistem Imun

Pengambilan gula berlebihan dikenali sebagai penyebab utama diabetes atau kencing manis. Satu kajian ini mendapati bahawa kesan gula bukan sahaja itu saja, tetapi juga menguatkan sel-sel kanser. Penyakit ini menggunakan gula untuk melemahkan sistem kekebalan tubuh.

Terlepas dari banyaknya rawatan yang ada masa ini, sebenarnya tubuh manusia secara semulajadi mempunyai sistem kekebalan tubuh yang dapat melawan kanser. Tapi sebuah kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa sel-sel kanser merosakkan respons imun dengan menggunakan semua gula dalam darah.

Tumor sering tumbuh di kawasan yang banyak mengandungi pembuluh darah. Tujuannya untuk memastikan dirinya mendapat banyak nutrisi dari darah, termasuk gula. Ternyata kebiasaan ini bukan hanya untuk meningkatkan pertumbuhan saja.

Bahagian utama sistem kekebalan tubuh yang berfungsi memerangi tumor adalah sel darah putih yang disebut sel T. Sel ini mensasarkan kuman agar sel-sel lain dalam sistem kekebalan tubuh tahu sel mana yang harus dihancurkan.

Caranya adalah terlebih dahulu mengikat benda asing kemudian melepaskan agen inflamasi untuk menandakan, lalu memanggil bahagian lain dari sistem kekebalan tubuh untuk membantu menghancurkannya.

Untuk membuat agen inflamasi, sel T memerlukan gula, sebab bahan ini merupakan produk samping penggunaan tenaga sel. Tapi jika semua gula di sudah habis dipakai sel tumor, sel T tidak boleh melepaskan bahan kimia untuk memperingatkan tubuh adanya ancaman berbahaya.

Dalam penyelidikan, saat tidak ada sel tumor, kadar gula darah lebih tinggi sehingga boleh banyak digunakan oleh sel T. Namun ketika ada tumor, sel T tidak dapat memanfaatkan gula sama sekali, bahkan hampir tidak ada gula yang tinggal kerana digunakan semua oleh sel tumor.

Untungnya, sel T masih boleh bertahan dari kurangnya gula dengan menggunakan cara alternatif untuk menghasilkan tenaga. Cara inilah yang membolehkan sel T boleh bertahan hidup tanpa gula. Perkara sama tidak boleh dilakukan oleh sel tumor untuk bertahan hidup.

Kajian sebelumnya telah menunjukkan bahawa kekurangan gula boleh mencetuskan kematian sel tumor, sebab akan meningkatan kadar oksigen dalam darah. Oksigen bersifat racun bagi tumor kerana tidak boleh dimanfaatkan. Hasilnya, tumor akan mati jika terdedah kepada oksigen.

Untungnya, kesan gula pada sel T dapat dibalik. Seperti dipetik Medical Daily, Jumaat (7/6/2013), ketika sel T yang hidup dengan tumor diberi tambahan gula, fungsinya kembali normal dan membuat agen inflamasi boleh menandakan sel tumor untuk dihancurkan.

“Ini seperti suis on-off. Yang perlu kita lakukan adalah mengubah ketersediaan gula agar sel T boleh menyesuaikan diri dan kembali berfungsi dalam keadaan optimum. Kami mungkin dapat mencari cara untuk membuat sel T kembali bertarung melawan kanser,” kata penyelidik, Dr Erika L. Pearce, Ph.D.

Menurut penyelidik, fleksibiliti sel T dan simpulan penggunaan gula oleh sel tumor boleh digunakan dalam rawatan. Para penyelidik mendapati bahawa tanpa gula, sel T dapat bertahan hidup, tetapi tidak boleh membuat agen keradangan. Jika selama rawatan diberi tambahan gula, sel T dapat berfungsi secara normal.

KESIMPULANNYA
1. Sel kanser menggunakan 'GULA TEBU/PRAI' sebagai sumber tenaga utama untuk terus membiak & berkembang untuk membesar & merebak.
2. Sel kanser menggunakan/menyerap gula untuk menghalang/melemahkan sistem imun/antibodi badan kita daripada bertindak/menyerang sel kanser tersebut.

AMATLAH PENTING PESAKIT KANSER PANTANG DARIPADA MENGAMBIL GULA!!!!

No comments:

Post a Comment