Friday, 27 September 2013

WANITA & KEHAMILAN.

Assalamualaikum..
entry kali ni yus nk berkongsikan INFO yg yus dapat tentang kehamilan dan bagaimana menghadapi komplikasi semasa hamil.
Harap smua baca yer.. !!

Semua wanita menginginkan saat2 bahagia apabila disahkan hamil setelah mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta. Namun tidak semua yang tahu komplikasi kehamilan dan bagaimana ianya terjadi.
Bagi saya, wanita memerlukan sokongan yang kuat dari insan2 tersayang di saat kehamilan bermula sehingga proses melahirkan.
Ada antara wanita yang mengalami alahan/ morning sickness pada trimester awal sahaja.
Namun ada juga yang mengalami alahan tersebut sepanjang proses kehamilan berlaku..




MORNING SICKNESS IBU HAMIL.....


Alahan semasa mengandung atau morning sickness adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza untuk setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari. Morning sickness boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan terjejas kerana anda tidak boleh memenuhi keperluan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain. Untuk menghilangkan morning sickness dengan cepat, anda boleh mengambil peppermint ginger plus SHAKLEE..

KENAPA PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE???
BAGAIMANA PEPPERMINT membantu??
1. Melegakan masalah angin yang sukar untuk dilepaskan yg mengakibatkan perut terasa sebu dan tekak pula loya-loya

2.  Menyelesaikan masalah  kencing yang tidak lawas.

3. Mencegah jangkitan pada pundi kencing dan merawat masalah kencing kotor.

5.  Juga melegakan masalah sembelit.


Wanita yang mengalami mabuk kehamilan yang teruk mempunyai tahap vitamin B6 yang rendah. Kajian juga menunjukkan bahawa vitamin ini ini boleh membantu mabuk kehamilan tanpa memberi kesan sampingan. Walaupun ia boleh dibeli di kaunter, anda perlu meminta preskripsi daripada ahli obstretik anda. Dos yang dicadangkan untuk mabuk kehamilan ialah 10-25mg piridoksina, tiga atau empat kali sehari.
Masalah ini dapat diatasi dengan pengambilan vitamin B COMPLEX shaklee.

KENAPA  B-COMPLEX SHAKLEE???
B COMPLEX SHAKLEE mengandungi Vitamin B6 yg mempunyai pengaruh yang positif ke atas pengeluaran serotonin kimia otak. Perubahan dalam tahap serotonin boleh mengubah mood dan menjejaskan keupayaan seseorang untuk menghadapi tekanan / stress.


BAGAIMANA MENGURANGKAN RASA LOYA DAN ALAHAN??

Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.

Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protein dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.

Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.

Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.

Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.

Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
Hidu buah lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.

Minum teh halia. Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.
Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

Cuba terapi semula jadiAromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

Beritahu seseorang. Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda. Anda juga boleh berbual dengan ibu-ibu lain yang dalam tahap kehamilan yang sama dengan anda.




No comments:

Post a Comment