Friday, 27 September 2013

SUSU IBU

Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu. 

Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari. 

Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi. 





TANDA2 BAYI ANDA TIDAK MENDAPAT SUSU YG CUKUP


1) Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.

2) Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.

3) Bayi anda meragam atau sering letih.

4) Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)

5) Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.

6) Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.

7) Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.

8) Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.

9) Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.



ESP + ALFALFA milkbooster terbaik utk bayi anda !!!!


Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda berapat dan mesra dengannya. Lebih lagi, susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya. 

Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi. 





KELEBIHAN SUSU IBU KEPADA BAYI

1) Mengandungi antibodi yg boleh melawan pelbagai jangkitan penyakit
    pada bayi anda

2) Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi- kolostrum, susu ibu permulaan yang                     dikeluarkan pada hari pertama sehinggan hari ketiga mengandungi antibodi yang dapat             melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan.

3) Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk                               membantu perkembangan otak bayi anda

4) Susu ibu mudah dihadam

5) Sentiasa sedia pada suhu yang tetap

6) Memberikan tumbesaran yg baik & sihat kepada bayi




FAEDAH PENYUSUAN KEPADA IBU
- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah
- mengurangkan risiko untuk kanser payudara dan ovari
- mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
- penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan (perancangan keluarga)
















No comments:

Post a Comment