Pernah tak rasa dada panas seperti terbakar atau pedih yang amat terutamanya selepas makan? Waktu pertama kali saya sakit pedih ulu hati..dalam otak saya hanya terfikir..”Alamak..ni simptom sakit jantung ke??” hehehe..ntah ape2 ntah..tak tahu beza kedudukan jantung dan hati sebab terpengaruh dengan cerita!
TAHUKAH ANDA ??
Pedih ulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar (heart burn) yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Jika anda mengalami simptom seperti yang dinyatakan, anda mungkin mengalami sakit pedih ulu hati.
Masalah pedih ulu hati Ini berlaku bila asid dalam perut naik ke bahagian esofagus. Asid iniboleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit. Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.

SIAPA YANG LEBIH KERAP MENGALAMI PEDIH ULU HATI ??
wanita hamil
dan individu yang makan tidak tetap waktunya
Kebiasaannya, wanita hamil lebih mudah mengalaminya. Bila kandungan semakin besar, saiz bayi yang makin besar akan tolak usus dan perut anda ke atas. Sebab itulah proses pembuangan jadi lebih lambat dan memaksa asid dalam perut naik ke dalam esofagus. Jangan risau, sakit pedih ulu hati di kalangan wanita hamil adalah perkara biasa dan tidak membahayakan ibu dan bayi tetapi ibu mungkin rasa kurang selesa dengan keadaan tersebut.
Pedih ulu hati juga mungkin dialami oleh individu yang sedang berpuasa. Kebiasaannya, badan kita akan mengeluarkan jus untuk penghadaman (berasid) bila kita makan tetapi apabila kita berpuasa, otak kita dah salah faham. Sebaik sahaja kita terbayangkan makanan atau pun terbau makanan, badan secara automatik akan ingat “Oh! Makanan mesti dah sampai”. Jadi, badan akan hasilkan asid untuk persediaan pencernaan makanan. Sebab itulah, sakit pedih ulu hati dan gastrik juga salah satu punca yang akan tingkatkan risiko pedih ulu hati.
BAGAIMANA NAK MENGATASI RASA PEDIH ULU HATI??
- Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi. Elakkan juga daripada minum semasa makan.
- Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Jika susu penuh krim membuatkan simptom-simptom anda semakin buruk, bertukarlah kepada susu rendah lemak atau susu skim.
- Makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut.
- Jika anda merokok, cubalah berhenti. Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku. Merokok juga membahayakan bayi dalam kandungan anda.
- Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan. Duduk dengan tegak dan jangan membongkok. Elakkan pakaian yang ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.
- Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.
- Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.
- Pastikan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain tidak menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk. Ini termasuk ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.
ESP & PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE mungkin boleh membantu masalah anda !!
Dihasilkan daripada pudina, halia, pokok adas (fennel) dan cekur manis (anise), iaitu kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur. PGP ni secara klinikalnya sangatlah membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.
Manfaat Utama PGP
Pudina
- Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang.
- Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, melegakan sakit gastrik, cirit birit dan pedih ulu hati.
- Juga melegakan kesan2 sampingan seperti muntah dan hilang selera mkn akibat drp rawatan kemoterapi.
- Pudina merangsang pengeluaran peluh, jadi ia menyekat demam apabila seseorang dijangkiti selsema. Rasa sejuk dan menyegarkan drpd pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.
Halia
- Telah digunakan oleh masyarakat Cina lebih daripada 2 ribu tahun.
- Merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.
- Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
- Satu kajian di United Kingdom mendapati halia dapat menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut.
- Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan.
Pokok Adas (fennel)
- Diambil oleh orang Eropah selepas makan untuk menghilangkan kembung perut.
- Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu.
- Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.
Cekur manis (anise)
- Digunakan oleh orang-orang Mesir purba.
- Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
- Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa; melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.
ESP ( SOY PROTEIN ISOLATE POWDER )
BAGAIMANA ESP MEMBANTU GASTRIK ??
ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yg dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
Di samping itu, nutrien protein yg terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel2 badan yang baru
bagi menggantikan sel2 lama yg telah rosak akibat hakisan oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan..Ia juga membantu dalam memberikan tenaga utk keperluan badan kita.
DAPATKAN SEKARANG !!
UNTUK SEBARANG ORDER/PERTANYAAN :
hubungi saya :
SMS/ WHATSAPP : 019 9892721
EMAIL : faireeka98@gmail.com
No comments:
Post a Comment