Showing posts with label PEPPERMINT GINGER PLUS. Show all posts
Showing posts with label PEPPERMINT GINGER PLUS. Show all posts

Sunday, 8 December 2013

ESP MEMBANTU PEDIH ULU HATI ...


Pernah tak rasa dada panas seperti terbakar atau pedih yang amat terutamanya selepas makan? Waktu pertama kali saya sakit pedih ulu hati..dalam otak saya hanya terfikir..”Alamak..ni simptom sakit jantung ke??” hehehe..ntah ape2 ntah..tak tahu beza kedudukan jantung dan hati sebab terpengaruh dengan cerita! 



TAHUKAH ANDA ??


Pedih ulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar (heart burn) yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Jika anda mengalami simptom seperti yang dinyatakan, anda mungkin mengalami sakit pedih ulu hati.


Masalah pedih ulu hati Ini berlaku bila asid dalam perut naik ke bahagian esofagus. Asid iniboleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit. Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.




SIAPA YANG LEBIH KERAP MENGALAMI PEDIH ULU HATI ??

wanita hamil
dan individu yang makan tidak tetap waktunya


Kebiasaannya, wanita hamil lebih mudah mengalaminya. Bila kandungan semakin besar, saiz bayi yang makin besar akan tolak usus dan perut anda ke atas. Sebab itulah proses pembuangan jadi lebih lambat dan memaksa asid dalam perut naik ke dalam esofagus. Jangan risau, sakit pedih ulu hati di kalangan wanita hamil adalah perkara biasa dan tidak membahayakan ibu dan bayi tetapi ibu mungkin rasa kurang selesa dengan keadaan tersebut.

Pedih ulu hati juga mungkin dialami oleh individu yang sedang berpuasa. Kebiasaannya, badan kita akan mengeluarkan jus untuk penghadaman (berasid) bila kita makan tetapi apabila kita berpuasa, otak kita dah salah faham. Sebaik sahaja kita terbayangkan makanan atau pun terbau makanan, badan secara automatik akan ingat “Oh! Makanan mesti dah sampai”. Jadi, badan akan hasilkan asid untuk persediaan pencernaan makanan. Sebab itulah, sakit pedih ulu hati dan gastrik juga salah satu punca yang akan tingkatkan risiko pedih ulu hati.


BAGAIMANA NAK MENGATASI RASA PEDIH ULU HATI??

  • Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi. Elakkan juga daripada minum semasa makan.
  • Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Jika susu penuh krim membuatkan simptom-simptom anda semakin buruk, bertukarlah kepada susu rendah lemak atau susu skim.
  • Makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut.
  • Jika anda merokok, cubalah berhenti. Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku. Merokok juga membahayakan bayi dalam kandungan anda.
  • Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan. Duduk dengan tegak dan jangan membongkok. Elakkan pakaian yang ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.
  • Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.
  • Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.
  • Pastikan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain tidak menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk. Ini termasuk ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.
ESP & PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE mungkin boleh membantu masalah anda !!


Dihasilkan daripada pudina, halia, pokok adas (fennel) dan cekur manis (anise), iaitu kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur.  PGP ni secara klinikalnya sangatlah membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.


Manfaat Utama PGP


Pudina 
  • Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang.  
  • Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, melegakan sakit gastrik, cirit birit dan pedih ulu hati.  
  • Juga melegakan kesan2 sampingan seperti muntah dan hilang selera mkn akibat drp rawatan kemoterapi.  
  • Pudina merangsang pengeluaran peluh, jadi ia menyekat demam apabila seseorang dijangkiti selsema.  Rasa sejuk dan menyegarkan drpd pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

Halia

  • Telah digunakan oleh masyarakat Cina lebih daripada 2 ribu tahun.
  • Merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.  
  • Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom mendapati halia dapat menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut.
  • Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan.


Pokok Adas (fennel)
  • Diambil oleh orang Eropah selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. 
  • Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu.
  • Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.




Cekur manis (anise)
  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba.
  • Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
  • Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa; melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.




ESP ( SOY PROTEIN ISOLATE POWDER )

BAGAIMANA ESP MEMBANTU GASTRIK ??

ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yg dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.

Di samping itu, nutrien protein yg terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel2 badan yang baru
bagi menggantikan sel2 lama yg telah rosak akibat hakisan oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan..Ia juga membantu dalam memberikan tenaga utk keperluan badan kita.




DAPATKAN SEKARANG !!
UNTUK SEBARANG ORDER/PERTANYAAN :

hubungi saya :


SMS/ WHATSAPP : 019 9892721 
EMAIL : faireeka98@gmail.com



Friday, 27 September 2013

WANITA & KEHAMILAN.

Assalamualaikum..
entry kali ni yus nk berkongsikan INFO yg yus dapat tentang kehamilan dan bagaimana menghadapi komplikasi semasa hamil.
Harap smua baca yer.. !!

Semua wanita menginginkan saat2 bahagia apabila disahkan hamil setelah mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta. Namun tidak semua yang tahu komplikasi kehamilan dan bagaimana ianya terjadi.
Bagi saya, wanita memerlukan sokongan yang kuat dari insan2 tersayang di saat kehamilan bermula sehingga proses melahirkan.
Ada antara wanita yang mengalami alahan/ morning sickness pada trimester awal sahaja.
Namun ada juga yang mengalami alahan tersebut sepanjang proses kehamilan berlaku..




MORNING SICKNESS IBU HAMIL.....


Alahan semasa mengandung atau morning sickness adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza untuk setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari. Morning sickness boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan terjejas kerana anda tidak boleh memenuhi keperluan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain. Untuk menghilangkan morning sickness dengan cepat, anda boleh mengambil peppermint ginger plus SHAKLEE..

KENAPA PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE???
BAGAIMANA PEPPERMINT membantu??
1. Melegakan masalah angin yang sukar untuk dilepaskan yg mengakibatkan perut terasa sebu dan tekak pula loya-loya

2.  Menyelesaikan masalah  kencing yang tidak lawas.

3. Mencegah jangkitan pada pundi kencing dan merawat masalah kencing kotor.

5.  Juga melegakan masalah sembelit.


Wanita yang mengalami mabuk kehamilan yang teruk mempunyai tahap vitamin B6 yang rendah. Kajian juga menunjukkan bahawa vitamin ini ini boleh membantu mabuk kehamilan tanpa memberi kesan sampingan. Walaupun ia boleh dibeli di kaunter, anda perlu meminta preskripsi daripada ahli obstretik anda. Dos yang dicadangkan untuk mabuk kehamilan ialah 10-25mg piridoksina, tiga atau empat kali sehari.
Masalah ini dapat diatasi dengan pengambilan vitamin B COMPLEX shaklee.

KENAPA  B-COMPLEX SHAKLEE???
B COMPLEX SHAKLEE mengandungi Vitamin B6 yg mempunyai pengaruh yang positif ke atas pengeluaran serotonin kimia otak. Perubahan dalam tahap serotonin boleh mengubah mood dan menjejaskan keupayaan seseorang untuk menghadapi tekanan / stress.


BAGAIMANA MENGURANGKAN RASA LOYA DAN ALAHAN??

Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.

Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protein dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.

Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.

Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.

Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.

Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
Hidu buah lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.

Minum teh halia. Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.
Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

Cuba terapi semula jadiAromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

Beritahu seseorang. Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda. Anda juga boleh berbual dengan ibu-ibu lain yang dalam tahap kehamilan yang sama dengan anda.




Wednesday, 25 September 2013

PEPPERMINT GINGERPLUS

Sekiranya anda adalah:


1. Wanita yang sedang hamil tetapi mangalami masalah angin yang sukar untuk dilepaskan. Akibatnya perut terasa sebu dan tekak pula loya-loya

2.  Sukar untuk mendapatkan kencing yang lawas. Walaupun berdehem beberapa kali selepas membuang air, sisa-sisa air kencing itu masih lagi terasa. Ini menjadikan kita tidak selesa dan agak was-was untuk bersolat dan beribadah

3. Mempunyai masalah kencing kotor dan terdapat jangkitan pada pundi kencing

4.  Anda tidak hamil, tetapi mempunyai angin yang banyak di dalam badan.

5.  Ada masalah sembelit


Produk yang sesuai untuk ke lima-lima kategori di atas ialah Pepper Mint Ginger Plus Shaklee. Ia seperti pil herba dan mengandungi herba asli pudina, halia, jintan manis dan jintan putih.




SHAKLEE Peppermint Ginger Plus diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik . Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan. Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:

Pudina (Peppermint)

·                     Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
·                     Membantu dalam penghadaman.
·                     Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
·                     Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
·                     Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
·                     Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
·                     Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.


Halia
·                     Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
·                     Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
·                     Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.


Pokok adas (fennal)
·                     Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
·                     Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.


Cekur Manis (anise)
·                     Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
·                     Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
·                     Melegakan haba dimusim panas dan lembab
·                     Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut


Cara Makan PepperMint Ginger Plus Shaklee

Ada dua cara untuk menikmati dan merasai khasiat Pepper Mint Ginger Plus Shaklee. Pertama boleh ditelan begitu sahaja .

Kedua, yang paling best, boleh campurkan 2-3 biji Pepper Mint Ginger Plus Shaklee ke dalam teh o panas. Sungguh nyaman dan melegakan.
Amalkan 2 atau 3 kali sehari dan dengan izin Allah, masalah anda juga akan selesai.