Tuesday, 24 September 2013

VITAMIN C SUSTAINED RELEASE


Dikenali sebagai Sustained Release Vita-C. 
Apa itu sustained release?

Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. 


Anda perlu tahu....

Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu.

Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab itulah dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil supplement),  ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.

Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berpa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.

Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan anda kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam masa 2 jam atau kurang. 


KHASIAT UTAMA :-       

~ Mencantikkan kulit - Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.

~ Membentuk Kolagen - Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

~ Memperbaiki simptom Pendarahan - Kekurangan Vita C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

~ Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.

Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

~ Memperbaiki Insomnia - Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.

~ Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalan pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


Perbezaan Vitamin C SHAKLEE dengan
Vitamin C lain


~ Merupakan Vita C pertama yang natural dan bertindak secara Sustained Release yang berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh badan selama 24jam.

~ Rumusan unik yang membenarkan pelepasan Vita C secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.

~ Satu tablet mengandungi 500mg Vita C iaitu bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren.

~ Membekalkan Bioflavinoid dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg yang bekerja untuk meningkatkan keberkesanan Vita C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada supplement Vita C ( mengelakkan salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi Vita c, mengelakkan daripada ianya cepat teroksida dan merosakkan sel )

~ Terdapat juga dalam bentuk yang boleh dikunyah Chewable Vita C.



KEPERLUAN VITAMIN C DALAM BADAN KITA :-

§     Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
§     Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
§     Menguatkan struktur gigi dan gusi
§     Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
§     Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan 
    menguatkan sel-sel tisu dalam badan
§     Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan
    risiko tekanan darah tinggi
§     Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
§     Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan 
    harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu           mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
§     Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
§     Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap           kolestrol jahat
§     Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
§     Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
§     Membantu dalam proses pemulihan kudis
§     Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko                   /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran             penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser           paru-paru
§     Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat         vitamin C adalah larut air.



SIMPTOM KEKURANGAN VIT C :-
  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat sembuh
  • Mudah selsema / bersin
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam / antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)










No comments:

Post a Comment