Saluran kencing wanita adalah berbeza dengan lelaki
kerana kedudukannya yang lebih dalam. Walaupun ini kadang kala membawa
kebaikan, ia juga menyebabkan kedudukan struktur otot pundi kencing wanita
lebih dalam. Ini bermakna masalah lemah kawalan kencing boleh disebabkan oleh
faktor-faktor lain seperti mengandung, beranak, sakit dan infeksi, serta
menopaus.
Masalah
lemah kawalan kencing yang kerap berlaku dalam kalangan wanita disebabkan oleh
otot lantai pelvik, yang terletak di bawah pundi kencing di sekeliling uretra,
yang lemah dan tidak cukup kuat untuk mengawal pengeluaran air kencing.
Untuk memahami masalah yang dihadapi, kita harus memahami bagaimana pundi kencing berfungsi:
Untuk memahami masalah yang dihadapi, kita harus memahami bagaimana pundi kencing berfungsi:
·
Buah
pinggang menapis air kencing dari darah dan ia akan disimpan didalam pundi
kencing.
·
Pundi
kencing adalah satu organ berongga dan berotot yang boleh menyimpan kencing
sehingga kita berasa penuh (lebih kurang 300ml).
·
Di
tandas, kita mengendurkan otot lantai pelvik dan otak anda akan memberi isyarat
untuk otot pundi kencing mengecut lalu memerah keluar airkencing melalui uretra
– tiub dari pundi kencing ke luar badan.
·
Apabla
otot pundi mengecut, otot yang mengawal uretra supaya sentiasa tertutup ketika
menyimpan air kencing (dipanggil otot sfinkter), akan berada dalam keadaan
rileks untuk membenarkan air kencing keluar melalui tiub uretra.
·
Seluruh
sistem ini disokong oleh otot-otot lantai pelvik yang menganjur dari hujung
tulang belakang melalui tulang pubik (tulang di hadapan pelvis).
·
Wanita
dengan masalah lemah kawalan kencing mempunyai otot lantai pelvik yang lemah
atau rosak dan tidak mampu untuk mengawal pengeluaran air kencing ketika
melakukan aktiviti-aktiviti fizikal (bersenam, batuk dan mengangkat barangan).
Wanita
yang mempunyai otot lantai pelvik yang lemah atau rosak, menyebabkan mereka
tidak dapat merasa pundi kencing telah penuh dan ini menyebabkan masalah untuk
mengawal otot sfinkter di sekeliling uretra. Hal ini menyukarkan pengawalan air
kencing dan air kencing boleh keluar tanpa disedari dengan kerap atau banyak.
No comments:
Post a Comment