Hari ni yus banyak sgt tugasan dan bnyk benda nk buat ke sana ke mari... ditambah pula jalan jemmed sgt tadi di kota bharu..( itulah sape suruh kluar time orang balik keje kan??) padan muka sendiri kete banyak sgt atas jalan...memerlukan kesabaran yg tinggi sbb asyik kne tekan brek dari tekan pedal minyak.hehe.
Tapi x pelah..walaupun pnat skit + sakit perut dari tadi, yus tetap akan kongsikan hari ni TIPS PENJAGAAN KESIHATAN DIRI...cara mudah dan smua pun rasanya boleh buat..
Orang yg kurus tidak semestinya kurus sbab pemakanannya sihat..
dan yg gemuk pula tidak semestinya memilih pemakanan yg tidak sihat..
smuanya bergantung pada gaya hidup masing2..
jom layannnn..!!
Jadi, disini terdapat beberapa cara-cara
untuk menjaga kesihatan diri korang. Lepas ni boleh try cuba yer.
1. Pemilihan
pemakanan yang sihat
Pemilihan pemakan yang sihat adalah amat
penting untuk semua manusia di muka bumi ini sebab ia merupakan apa yang korang
akan makan. Kalau korang makan makanan yang tak sihat, Kesannya kesihatan
korang pun tentulah akan terjejas dan sebaliknya. Pemakan yang sihat terdapat
pada pyramid makanan. Korang perlu elakkan makanan yang berlemak sebab boleh
membawa kepada macam-macam jenis penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi
dan sebagainya..jangan kena sakit hati pulak ye..
2. Minum air yang
secukupnya.
Cara ni memang mudah. Korang hanya
perlu minum air 6-8 glas sehari. Tak susah pun minum air ni kan. Sekarang pun
teknologi dah canggih. Korang tak perlu masak air lagi dah. Tadah je air kat
paip korang, then minum. Memang mudah kan. Tapi pastikan rumah korang ada
“penapis air” tu ye..Jangan korang minum air paip yang belum di masak tu
sudah..minum air bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dan membersihkan
kotoran dalam tubuh badan. Air juga mestilah air kosong atau air masak. Jangan
pulak korang minum air bergas atau air yang manis-manis. Memang tak kan sihat
lah jawabnya.
3. Bersenam dan
banyakkan aktiviti yang berfaedah
Bersenam memang diakui membawa kepada
kesihatan tubuh badan yang baik. Sebabnya, dengan bersenam membuatkan manusia
sentiasa sihat, cergas, cerdas dan yang seangkatan dengannya. Dan yang paling
penting, dengan bersenam akan dapat menguatkan dan menyihatkan jantung.
Manakala, aktiviti yang berfaedah seperti bercucuk tanam ke, mengemas rumah ke
adalah lebih baik diamalkan daripada korang melepak dalam bilik ataupun melepak
depan game-game korang.hehehehe
4. Dilarang
merokok.
Nie salah satu cara yang ramai jugak tak
suka kot. Dilarang merokok , sebabnya orang yang merokok nie mempunyai risiko
yang lebih tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit. Korang tau-taulah
sendiri kan sebab dalam television pun dah banyak iklan bahaya merokok ni.
Jadi jauhkanlah diri korang dari merokok. Asap rokok pun dah bleh beri effect,
inikan pulak kalau merokok!!!
Selesailah sudah 4 cara penjagaan tubuh
badan yang sihat..slepas ni korang amal-amalkan slalu..jangan baca je
tau!!!Renung-Renungkan Dan Selamat Beramal yer...!!!!
No comments:
Post a Comment