Arthritis maksudnya "radang sendi". Ia sejenis penyakit “autoimmune disease” dimana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan keadaan ini memberi kesan kepada sendi, tisu-tisu yang mengelilingi sendi dan tisu perantaraan yang lain.
Ada dua jenis arthritis iaitu Rheumatoid Arthritis (RA) dan Osteoarthritis (OA).
Biasanya pesakit yang menghidap radang sendi, jemari2 nya mula membengkak dan mengeras dan sakit pada keseluruhan sendi.
PERLU KITA FAHAM APA ITU SENDI...
Jom kaji bagaimana sendi2 bekerja dalam badan kita.. !!
Pada asasnya,sendi ialah satu tulang yg bergerak pada tulang yang lain. Dan ligamen akan memegang dua tulang bersama. Manakala rawan pula akan menyeliputi tulang2 agar tidak bergesel antara satu sama lain.
Lapisan rawan membolehkan sendi bekerja dgn lancar tnpa rasa sakit..
Ruang dalam sendi mempunyai cecair sinoval. Cecair ini berfungsi menyuburkan sendi dan tulang rawan.
Tetapi cecair ini akan berkurang selaras dengan pertambahan usia seseorang.
PUNCA2 PENYAKIT RADANG SENDI
-autoimun
-kecederaan-patah tulang
-faktor keturunan
-sendi haus & lusuh
-jangkitan bakteria & virus
Radang sendi juga mengakibatkan tulang rawan kita rosak. Bila tulang rawan rosak,fungsinya juga terhenti utk melindungi sendi, menyerap kejutan apabila tekanan diletakkan pada sendi contohnya apabila kita berjalan..Keadaan jumlah rawan yg x cukup juga mengakibatkan tulang bergesel yg menyebabkan kesakitan, keradangan, bengkak dan ketegangan.
TANDA2 PENYAKIT RADANG SENDI
-sakit sendi
-sendi membengkak
-kemerahan pada kulit di sekeliling sendi
-ketegangan terutama di waktu pagi
-kehangatan sekeliling sendi
Rheumatoid Arthritis (RA)
Sendi yang sama dlm bahagian badan membengkak dan sengal.
Jari tangan, kaki dan pergelangan tangan adalah yg paling biasa terjejas.
Kebiasaan pesakit kerap mengalami kesakitan di waktu pagi setelah bngun dari tidur dan sakit berlartan dlm tempoh 30 minit.
Tangan pesakit boleh menjadi merah & bengkak.
Banyak pesakit akan menjadi letih kebanyakan masa dan akan berlaku penurunan berat badan setelah kesakitan yg berulang kali dialami.
No comments:
Post a Comment