ADAKAH anda bangun tidur sebelum matahari terbit dan pulang ke rumah setelah terbenamnya matahari? Atau adakah anda sering bergegas dari satu mesyuarat ke mesyuarat yang lain setiap hari? Mungkin anda pernah mengalami situasi tersebut malah sering berulang.
Sebaik-baiknya, pencegahan terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan sebagainya, harus dimulakan sejak kecil, namun masih belum terlambat untuk dimulakan sekarang. Jangan lagi bertangguh atau menunggu sehingga anda mengalami sakit dada baru anda mengambil berat tentang kesihatan. Mula amalkan pemakanan sihat dan kehidupan aktif sekarang.
Langkah 1 - Amalkan pemakanan sihat
Sarapan - Kajian saintifik membuktikan jika anda memulakan hari dengan sarapan yang seimbang, anda boleh fokus, meningkatkan tahap tumpuan, kepintaran dan daya ingatan.
Makan tengah hari - Jangan sesekali tinggalkan makan tengahari tidak kira sibuk manapun anda. Namun begitu, elakkan makan terlalu kenyang yang boleh menyebabkan anda berasa kembung, mengantuk dan tidak produktif.
Makan Malam - Sentiasa ingat untuk mengambil makanan yang seimbang, pelbagai dan tidak makan berlebihan. Pulang awal ke rumah untuk makan makanan yang dimasak di rumah dengan ahli keluarga.
Langkah 2 - Pilih makanan dengan bijak
@ Sentiasa memilih makanan yang disediakan dengan cara sihat seperti mengukus, membakar atau sup berbanding makanan bergoreng.
@ Pilih makanan rendah lemak, gula dan garam.
@ Pastikan ada buah-buahan dan sayuran dalam sajian harian anda
@ Elakkan mengambil terlalu banyak kuah, kerana ia biasanya tinggi lemak dan garam.
@ Pilih makanan berasaskan bijirin penuh.
@ Pilih makanan tinggi serat.
@ Minum banyak air kosong dan elakkan minuman manis dan bergas.
Langkah 3 - Jadi lebih aktif dengan bersenam.
Langkah 4 - Pantau kesihatan anda
Rancang jadual pemeriksaan kesihatan anda secara berkala iaitu bulanan, suku tahun atau tahunan kerana anda perlu sentiasa mengetahui kedudukan tahap kesihatan anda. Anda juga boleh melakukan pemantauan diri sendiri seperti mengukur ketinggian dan berat badan supaya sentiasa dalam keadaan normal.
ADAKAH CARA MAKAN ANDA BETUL??
Ada sesetengah orang yang makan hanya untuk mengisi perut mereka. Ada juga
yang makan bagaikan tiada hari esok untuk makan lagi.
Jangan ikuti tabiat seperti ini! Sebaliknya, ikuti cara makan yang sihat.
Cara pemakanan yang sihat akan memastikan anda tidak mudah jatuh sakit dan juga
akan membantu anda mencapai kecemerlangan di sekolah, hinggakan semua orang
akan mengagumi anda!
Kurangkan Garam, Gula & Bahan Pengawet
Jika anda menggemari makanan yang manis, masin atau
diproses, anda harus mengetahui ini. Terlalu banyak garam adalah buruk untuk
tekanan darah anda, terlalu banyak gula boleh menambahkan berat badan anda,
manakala sesetengah bahan pengawet dikatakan boleh menyebabkan penyakit kanser.
Jadi, ikutilah nasihat ini. Pilih makanan yang kurang
garam, gula dan bahan pengawet. Nikmatilah rasa yang segar dan semulajadi!
· Makanlah
makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk
membeli makanan.
· Amalkan
memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi
dengan "AlhamdulilLah".
· Jangan makan
dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
· Biasakan rehat
makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
· Jangan makan
makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru
dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
· Kurangkan
makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
· Kurangkan
makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
· Kurangkan
minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
· Elakkan makan
makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
· Amalkan minum
jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada
awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang
belum bermasak pada awal pagi
· Disyorkan
makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang
seimbang dari segi zat dan vitamin.
· Biasakan makan
makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin
dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..
· SEKIRANYA ANDA MAMPU UNTUK MENGAMALKAN KESEMUA PERKARA DI ATAS, ALHAMDULILLAH.....SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT. NAMUN PENINGKATAN KESIHATAN SERTA PENYEMBUHAN BERBAGAI JENIS PENYAKIT AKAN LEBIH BERKESAN LAGI MELALUI GAYA PEMAKANAN SIHAT BERASASKAN MADU LEBAH DAN BUAH KURMA. IKUTI PETUNJUK-PETUNJUK SETERUSNYA...
INFO UNTUK ANDA !!
SERAT MENENTANG PENYAKIT
JANTUNG ....
Serat ialah sejenis
karbohidrat yang terdapat dalam kekacang, bijirin, ubi, buah-buahan dan
sayur-sayuran. Ia membantu mencegah sembelit dan menyingkirkan sisa-sisa toksik
daripada badan anda. Ia juga mencegah penyakit jantung, suatu penyakit yang
bermula pada umur anda.
Tahukah anda bahawa
penyakit jantung boleh bermula pada umur anda? Mengambil terlalu banyak lemak,
terlalu sedikit serat, merokok dan tidak bersenam ?semua ini boleh menyebabkan saluran darah ke jantung
anda tersumbat ! Proses ini berlaku dengan lambat dan anda tidak akan
menyedarinya? Sehingga anda diserang sakit jantung beberapa
tahun kemudian.
Makan banyak serat boleh
membantu menjaga saluran darah yang sihat dan mengelakkan daripada tersumbat.
Anda juga mesti menjaga berat badan yang sihat, jangan merokok dan mengamalkan
cara hidup yang cergas.
No comments:
Post a Comment