Setiap
anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya oleh ALLAH SWT. Dengan itu, ibu
bapa secara langsung turut sama menumpang rezeki anak.
Anak adalah hadiah daripada ALLAH.
Setiap anak juga memang ada rezekinya yang perlu dicari oleh ibu bapanya.
Masyarakat jangan salah faham apabila mengatakan setiap anak ada rezekinya.
Masyarakat jangan salah faham apabila mengatakan setiap anak ada rezekinya.
Maknanya, setiap rezeki yang ada pada
anak tersebut harus diusahakan oleh ibu bapanya untuk mencari. Bukan hanya menunggu rezeki itu datang
bergolek bersama anak selepas dilahirkan. Mungkin ada yang memakan masa lama
atau sekejap sahaja selepas bayi dilahirkan. Itu semua ketentuan ALLAH.
Memang ALLAH telah tentukan
setiap anak ada rezekinya. Tetapi jika tidak diusahakan ibu bapa yang
menjaganya, maka rezeki itu tidak ditemui.
Rezeki yang dimaksudkan
bukanlah berbentuk harta semata-mata, tetapi boleh datang dalam pelbagai bentuk
misalnya rezeki kebahagiaan, keharmonian dan ketakwaan kepada ALLAH.
Misalnya, selepas
melahirkan anak. Jawatan ibu atau bapa di tempat kerja dinaikkan. Maka itu
adalah antara rezeki yang perlu dikongsi bersama anak.Jangan anggap rezeki
tersebut atas usaha sendiri sahaja atau secara kebetulan, tetapi semuanya
diaturkan ALLAH kepada umat yang mensyukuri nikmat yang diberikan-Nya.
Janganlah sombong
Ibu bapa juga jangan sombong dengan rezeki
diperoleh. Seolah-olah rezeki tersebut adalah hak sepenuhnya ke atasnya.
Jangan sombong dengan anak, jangan sombong dengan
ALLAH. Jika sombong, semua rezeki tersebut boleh ditarik ALLAH.
Jika betul acuannya, maka
anak ini akan memberi banyak kebaikan kepada ibu bapanya. Ibu bapa berperanan
mencorak mereka sejak daripada kecil hingga dewasa sama ada menjadi insan
berguna atau sebaliknya.
Doa anak soleh juga penting kepada ibu bapa apabila
meninggal dunia, agar dilepaskan daripada azab seksa neraka.
Segalanya bergantung kepada didikan ibu bapa terhadap
anak (termasuk didikan agama) dan sentiasa menjaga amanah diberikan ALLAH
kepada mereka dengan sebaiknya atau sebaliknya.
Apa yang penting ibu bapa perlu jaga hubungan dengan anak
dan ALLAH. Berilah didikan seperti mana dianjurkan oleh agama dan sunahnya.
Ibu bapa jangan takbur dengan anak, setiap rezeki ada
bahagiannya untuk anak. Anak jadi penyebab kepada rezeki.
Boleh jatuh menjadi syirik kerana menolak rezeki daripada
ALLAH. Ia juga terjadi apabila ibu bapa tidak ikhlas menerima anak di dunia
ini.
Apa yang penting betulkan niat apabila mahu melahirkan
ataupun mempunyai anak. Ini kerana setiap daripada mereka ada rezekinya dan ibu
bapa perlu faham semua ketentuan ini.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kalian membunuh anak kalian kerana takut miskin Kami adalah pemberi rezeki mereka dan kepada kalian sungguh membunuh mereka adalah dosa besar.” (Surah Al-Isra’: 31)
No comments:
Post a Comment