Hati merupakan antara organ terpenting di dalam tubuh. Di antara fungsi
hati ialah:
- Tukar makanan kepada tenaga.
- Kawal pembekuan darah, pengeluaran &
perkumuhan kolesterol, dan kawal penyimpanan lemak.
- Hasilkan hempedu - bahan yang membantu anda
menghadam makanan & menyerap nutrien-nutrien penting.
- Bantu dalam menolak jangkitan-jangkitan dengan
menghasilkan faktor-faktor imun, serta menyingkirkan bakteria dari dalam
darah.
- Menyimpan viamin penting, tenaga &
mineral, serta merembeskannya ke dalam darah apabila diperlukan.
Apabila sistem penyahtoksikan semakin tepu, toksin yang terkumpul akan menyebabkan keletihan, sakit kepala, rasa loya dan pening, dan adakalanya mewujudkan masalah kulit seperti jerawat.
Dari manakah datangnya benda-benda toksin ini?
Dalam dunia moden hari ini, lebih 5 bilion lbs bahan kimia dilepaskan ke
dalam persekitaran, makanan yang kita makan, udara yang kita bernafas dan hidup
saban tahun. Tambahan pula banyak makanan mengandungi pewarna, pengawet, sisa
racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen lain yang mempunyai
karsinogen. Jadi, dengan kata lain usus-usus kita juga tidak terlepas perlunya
proses DETOX...
Shaklee DTX Complex menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati
yang sihat dengan satu formula unik herba-herba dengan antioksidan dan aliran
hempedu yang diperkaya.
Shaklee DTX Complex mengandungi ekstrak
semulajadi bahan di bawah:
- milk thistle seed
- schizandra chinensis seed (tanaman yang
berasal dari China yang dah digunakan selama lebih 2000 tahun untuk
meningkatkan jumlah enzim detoksifikasi di dalam hati)
- cendawan Reishi (dikenali kerana sifat
antioksidannya)
- dandelion
- kunyit
- artichoke (untuk membantu mengekalkan aliran
hempedu yang normal)
Gabungan unik bahan botani dalam Shaklee DTX Complex menyokong kesihatan
dan fungsi hati dengan dua cara:
1.
Ekstrak biji benih Milk
Thistle, biji benih Schizandra Chinensis dan cendawan Reishi mempunyai ciri-ciri antioksida, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati
dan dipercayai dapat meransang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan
semula sel-sel hati
2.
Pati Dandelion, Kunyit dan
Artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong satu
daripada organ (hempedu) yang diperlukan untuk mengeluarkan sebatian-sebatian
toksik daripada tubuh.
Badan yang sihat mengandungi bertrilion mikroorganisma baik. Majoriti
bakteria baik ni tinggal di dalam usus dan dirujuk sebagai mikroflora.
Sekurang-kurangnya 400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam saluran
gastro-usus; dan berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus kita
sepanjang masa. Tugas bakteria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan
bakteria jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah optimum untuk
mengawal bakteria jahat.
KEBAIKAN DTX COMPLEX....
- Mempertingkatkan cici-ciri aliran hempedu.
- Membekalkan antioksidan yang menyahtoksikkan
hati
- Melindungi dan meransang keupayaan normal
badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat
*Sangat sesuai untuk mereka yang selalu
mengambil makanan fast food dan makan di luar =)
No comments:
Post a Comment