Saturday, 12 October 2013

KENALI PENYAKIT DIABETES..


Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut.
Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.


Tanda-Tanda Awal DIABETES

1. Kerap membuang air kecil
2. Berat badan yang menurun
3. Sentiasa merasa lapar
4. Sentiasa merasa haus dahaga
5. Letih yang tidak menentu
6. Pandangan semakin menjadi kabur
7. Mudah mendapat penyakit kulit
8. Merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan
9. Merasa penat dan sakit kaki
10. Gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha

Tanda-tanda yang SERIUS/TERUK bagi pesakit

DIABETES

1. sentiasa haus
2. hilang selera untuk makan
3. muntah-muntah
4. boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri
5. air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut



Langkah-langkah perlu DIAMBIL BERAT oleh pesakit-pesakit DIABETES

1. menjaga kebersihan badan dengan sempurna dan teliti
2. sentiasa mengawasi makan dengan teliti, elakkan gula, tidak memakan makanan yang berkanji
3. menghilangkan perasaan bimbang dan risau terhadap penyakit yang dihadapinya
4. sentiasa besenam dan berehat secukupnya
5. jangan terlalu boros menggunakan tenaga
6. bila melakukan kerja-kerja yang berat setelah merasa penat segeralah berhenti janganlah diteruskan lagi



Diabetes mengundang pelbagai komplikasi !!

ANDA tersilap jika percaya diabetes adalah masalah golongan berusia, tetapi anda tidak salah jika mengatakan diabetes penyakit yang sangat biasa dan selalu ‘underdiagnosed’. Pakar Perunding Kanan Endokrologi dan Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed, berkata diabetes akan menyebabkan pelbagai komplikasi dan memusnahkan salur darah seperti :

-Tekanan darah tinggi
-Strok/lumpuh anggota badan
-Kegagalan fungsi buah pinggang
-Komplikasi saraf
-Komplikasi jantung

Tiada istilah diabetes lemah atau sederhana. Diabetes selalunya serius.
Jika dilihat dari segi faktor diabetes, ada tiga perkara yang tidak boleh diubah. Diabetes dipengaruhi faktor genetik, usia dan kumpulan etnik. Di Malaysia, orang India menduduki tangga pertama dari segi statistik pesakit, diikuti Melayu dan Cina.

Bagaimanapun, di sebalik tiga faktor risiko diabetes yang tidak boleh diubah, dua faktor lagi boleh dikawal iaitu berat badan dan melakukan aktiviti fizikal. Diabetes bukan saja soal makan banyak atau sikit. Diabetes adalah masalah pankreas dan apa yang boleh anda lakukan untuk mengawal kadar gula dalam darah. Sehingga kini tiada ubat boleh menyembuhkan tetapi ada ubat yang boleh melengahkan komplikasi.




Diabetes adalah penyebab kematian yang ke-6, menyebabkan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.

·     Pada 2000, dianggarkan 154 juta orang yang berumur 20 tahun ke atas menghidap diabetes dan dijangka meningkat kepada 300 juta orang menjelang 2025.

·     Di Malaysia pula, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan antara 2000-2030 akan berlaku peningkatan 164 peratus pesakit diabetes. Andaian itu terbukti apabila pada 2000, jumlahnya adalah 0.94 juta manakala pada 2030 jumlahnya akan menjadi 2.48 juta jika tiada sebarang langkah dilakukan.

·     Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan 1986, sebanyak 6.3 peratus penduduk dewasa menderita diabetes jenis dua. Kajian yang sama 10 tahun kemudian mendapati, angka itu meningkat menjadi 8.2 peratus dewasa menderita diabetes dengan 95 peratus adalah diabetes jenis dua.

·     Peningkatan itu selari dengan angka pertumbuhan penduduk, penuaan, masalah obesiti dan sifat warga Malaysia yang malas bersenam.  “Diabetes di Malaysia semakin hari semakin meningkat pada kadar yang amat membimbangkan. Masyarakat harus sedar dan faham diabetes membawa komplikasi,” katanya.

·     Selain ubat-ubatan, diabetes boleh dirawat dengan amalan diet, senaman dan ejen anti diabetes oral untuk menurunkan paras gula darah kerana ia mengurangkan rintangan insulin dan mengurangkan kadar kehilangan fungsi sel beta (sel beta dan insulin berperanan penting dalam diabetes jenis dua).








No comments:

Post a Comment