Masalah berlebihan kolesterol atau
hypercholesterolemia adalah telah menjadi satu isu kesihatan di zaman moden
sekarang.Pelbagai jenis ubat dicipta untuk mengurangkan paras kolesterol darah.
Tetapi ironinya , masalah ini masih lagi membelengu masyarakat kita sehingga
kini dan kita dapati statistik kematian akibat serangan jantung terus meningkat
dari tahun kesetahun.
Di antara punca kenapa kita
amat susah menurunkan paras kolesterol adalah berpunca dari kesilapan dalam
pemilihan makanan. Makan makanan yang tinggi karbohidrat, gula berlebihan,
lemak tepu, makanan tinggi dengan minyak ’asid lemak trans’ dan makanan proses
, kurang aktiviti fizikal adalah diantara punca kepada masalah kolesterol
berlebihan.
Hakikatnya , jika makan adalah punca kolesterol yang tinggi , maka cara terbaik untuk kita mengawal paras kolesterol ialah dengan makan makanan yang boleh menurunkan paras kolesterol ini. Terdapat banyak kajian sains yang telah dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan yang membuktikan pemakanan ikan boleh membantu menurunkan paras kolesterol darah.

Hasil pemerhatian awal saintis
mendapati masyarakat Inuit atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung yang
amat rendah dan paras kolesterol yang lebih rendah berbanding masyarakat biasa
di Bandar di USA dan Eropah. Sedangkan, diet pemakanan masyarakat Eskimo ini
amat tinggi dengan lemak dan minyak, walaupun mereka amat kurang memakan
sayur-sayuran. Setelah kajian dijalankan didapati kandungan makanan orang
Eskimo ini amat tinggi dengan asid lemak Omega 3.
Pemerhatian yang serupa bagi
penduduk di Okinawa, Jepun dan penduduk di Kepulauan Crete, Mediterranean juga
mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding masyarakat di
barat. Hasil kajian juga mendapati penduduk di kedua-dua tempat ini makan ikan
dan makanan laut lain seperti udang ,ketam, sotong dengan banyak. Kajian
saintifik pula membuktikan bahawa makanan laut ini amat kaya dengan Omega 3.
Ikan mempunyai banyak lemak
didalamnya. Kadang-kadang kita terlalu takut dengan istilah ‘lemak’ hingga kita
menyangka semua lemak adalah sama dan boleh meningkat paras kolesterol kita.
Sebenarnya, lemak ikan adalah contoh lemak yang ‘sihat’ dan amat baik untuk
kesihatan. Kajian telah membuktikan lemak ikan amat kaya dengan asid lemak
‘Omega 3’ yang telah terbukti boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari.
Omega 3 menurunkan paras trigliserida , kolesterol ‘jahat’ iaitu LDL dan menaikkan paras kolesterol ‘baik’ iaitu HDL. Kajian di barat menunjukkan ikan yang berlemak seperti ikan salmon, tuna, sardin, makerel dan trout mempunyai kandungan omega 3 yang amat tinggi. Secara teorinya saintis berpendapat, omega 3 akan memperlahankan pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah dan mengurangkan ‘inflamasi’ mikro di seluruh tubuh manusia. Oleh kerana itu pemakanan ikan setiap hari amat digalakkan sebagai sebahagian dari cara pemakanan yang sihat yang boleh menurunkan paras kolesterol.

No comments:
Post a Comment